PitchIn Meraih Suntikan Dana Pelaburan Sebanyak RM5 Juta Dalam Terus Menerajui Arena Biayasama

Pitchin merupakan salah satu platform biayasama tempatan yang membolehkan startup dan syarikat untuk mengumpulkan dana pelaburan daripada orang ramai dan para pelabur dengan mudah.
Pautan

 
 
 

Pitchin merupakan salah satu platform biayasama tempatan yang membolehkan startup dan syarikat untuk mengumpulkan dana pelaburan daripada orang ramai dan para pelabur dengan mudah.

Telah beroperasi sejak beberapa tahun, PitchIn sedia membantu sejumlah syarikat dalam mengumpulkan dana untuk operasi dan perkembangan melaluinya.

Hari ini, PitchIn sendiri mengumumkan platform tersebut sendiri telah meraih suntikan dana pelaburan terbaru berjumlah RM5 juta.

Suntikan dana ini disertai oleh Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) dan juga Gobi Partners.

PitchIn mengatakan dana pelaburan ini akan digunakan dalam terus memperluaskan portfolio biayasama mereka, selain turut memperkenalkan beberapa penawaran baharu sepanjang tahun ini.