UIS meterai MoU, MoA, jamin kualiti graduan di alam pekerjaan

SHAH ALAM, 26 DIS: Universiti Islam Selangor (UIS) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dan memorandum perjanjian (MoA) dengan penggiat industri bagi menjamin kualiti graduannya di alam pekerjaan.
Pautan


Naib Canselor Universiti Islam Selangor (UIS) Dato’ Prof Madya Dr Mohd Farid Ravi Abdullah (enam, kiri) bergambar bersama penggiat industri selepas majlis pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) dan memorandum perjanjian (MoA) pada 20 Disember 2023. Foto Facebook UIS

SHAH ALAM, 26 DIS: Universiti Islam Selangor (UIS) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dan memorandum perjanjian (MoA) dengan penggiat industri bagi menjamin kualiti graduannya di alam pekerjaan.

Unit Komunikasi Korporat UIS memaklumkan MoU melalui Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (PJKI) UIS ditandatangani bersama empat entiti iaitu Japan Da’wah Centre dan Koperasi Kakitangan Petronas Berhad (Kopetro).

Selain itu Malaysian Technology Development Corporation Sdn Bhd dan Persatuan Peruncit Dan Pembekal Bumiputera Malaysia (Mybursa).

MoA bernilai RM1.2 juta pula dimeterai antara PJKI UIS dengan Mikaza DRG Sdn Bhd ke arah meningkatkan kerjasama dan hubungan dua hala yang baik dengan industri selain menyediakan peluang penyelidikan dan pekerjaan untuk pelajar.

“Antara objektif utama PJKI adalah memastikan setiap graduan UIS dilatih dan bersedia untuk diambil bekerja oleh mana-mana agensi atau industri dalam bidang berkaitan.

“Melalui pemeteraian ini antara manfaat yang bakal diperoleh kedua-dua pihak termasuklah jaringan penyelidikan akademik, usahasama penyelidikan dan teknologi industri, pertukaran maklumat, penempatan latihan industri pelajar serta inovasi,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi UIS juga positif dan akan meningkatkan lebih banyak kerjasama dengan pihak industri dalam pelbagai bidang tahun depan.