Usahawan B40, M40 dalam aktiviti inovasi, ekonomi digital perlu diberi tumpuan
- by admin
Buletin Bernama – 15 September 2021
#BuletinBernama : Usahawan golongan B40 dan M40 yang berkecimpung dalam aktiviti berlandaskan inovasi dan ekonomi digital perlu diberi tumpuan agar tahap kualiti kehidupan mereka dapat dipertingkatkan dalam menghadapi cabaran COVID-19.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, pandemik COVID-19 ini bukan sahaja mengubah cara manusia menjalani kehidupan harian tetapi turut mendesak semua pihak terutama usahawan untuk segera beranjak kepada teknologi industri 4.0 atau i4.0.