9 syarikat Malaysia, Ajlan & Bros meterai MoU bernilai RM34 bilion
- by XM Admin
KUALA LUMPUR, 29 Ogos- Sembilan syarikat Malaysia memeterai memorandum persefahaman (MOU) bersama syarikat konglomerat Arab Saudi, Ajlan Bros Holdings Group (Ajlan & Bros) bernilai hampir RM34 bilion.
MOU tersebut melibatkan pelaburan kolektif dalam sektor semi-konduktor, perdagangan sosial, teknologi perubatan, industri pertahanan dan hiburan.
Majlis menandatangani dan pertukaran perjanjian persefahaman itu turut disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
“Ada 9 syarikat yang menandatangani MoU bersama dengan syarikat Ajlan Brothers Holdings Group daripada Arab Saudi, jadi dari segi pelaburannya sebanyak RM34 bilion yang melibatkan 9 syarikat tadi,” kata Ismail Sabri yang ditemui pemberita pada majlis memeterai Mou berkenaan.
Syarikat-syarikat yang terlibat meliputi Dagang NeXchange Berhad, Cybersecurity Malaysia, Twistcode Technologies Sdn.Bhd dan Meta Universe Sdn.Bhd.
Tagged my, zberitaRTM