Industri 4.0 – R2G 2023 Wilayah Selatan ketengah perkhidmatan MTDC
- by XM Admin
Oleh Bernama – 23 Mei 2023
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) mengharapkan program Road2Growth (R2G) 2023 Wilayah Selatan akan menarik banyak syarikat untuk memahami lebih mendalam mengenai perkhidmatan berkaitan Industri 4.0 (i4.0) yang ditawarkannya.

Ketua Pegawai Eksekutif, Mohammad Hazani Hassan berkata status Johor yang semakin meningkat sebagai sebuah negeri dengan ekonomi yang kukuh menjadi antara sebab mendorong pihaknya bersungguh untuk memperkenalkan penyelesaian inovatif dan teknologi dalam i4.0 dan pendigitalan.