9 syarikat Malaysia, Ajlan & Bros meterai MoU bernilai RM34 bilion

KUALA LUMPUR, 29 Ogos- Sembilan syarikat Malaysia memeterai memorandum persefahaman (MOU) bersama syarikat konglomerat Arab Saudi, Ajlan Bros Holdings Group (Ajlan & Bros) bernilai hampir RM34 bilion

Pautan

(Perdana Menteri yang ditemui pemberita pada majlis memeterai MoU bersama syarikat konglomerat Arab Saudi, Ajlan Bros Holdings Group di Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 29 Ogos- Sembilan syarikat Malaysia memeterai memorandum persefahaman (MOU) bersama syarikat konglomerat Arab Saudi, Ajlan Bros Holdings Group (Ajlan & Bros) bernilai hampir RM34 bilion.

MOU tersebut melibatkan pelaburan kolektif dalam sektor semi-konduktor, perdagangan sosial, teknologi perubatan, industri pertahanan dan hiburan.

Majlis menandatangani dan pertukaran perjanjian persefahaman itu turut disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Ada 9 syarikat yang menandatangani MoU bersama dengan syarikat Ajlan Brothers Holdings Group daripada Arab Saudi, jadi dari segi pelaburannya sebanyak RM34 bilion yang melibatkan 9 syarikat tadi,” kata Ismail Sabri yang ditemui pemberita pada majlis memeterai Mou berkenaan.

(Ismail Sabri (tengah) menyaksikan pertukaran perjanjian persefahaman bersama syarikat konglomerat Arab Saudi, Ajlan Bros Holdings Group di Kuala Lumpur)

Syarikat-syarikat yang terlibat meliputi Dagang NeXchange Berhad, Cybersecurity Malaysia, Twistcode Technologies Sdn.Bhd dan Meta Universe Sdn.Bhd.