DF Automation and Robotics intai peluang pasaran robotik India & Singapura

by admin
Bernama – 30 Okt 2021
#BuletinBernama : DF Automation and Robotics Sdn Bhd kini mengintai peluang di India dan Singapura untuk memasarkan produk mereka berikutan potensi dan permintaan yang tinggi di kedua-dua negara berkenaan.
Pengarahnya Dr Yeong Che Fai berkata, syarikat itu bercadang meningkatkan kehadirannya di pasaran negara-negara itu dalam tempoh enam bulan akan datang.
