MTDC komited lahir ramai pakar dron



Berita RTM – 19 April 2021

SERDANG, 19 April – Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) komited untuk melahirkan lebih ramai pakar dalam industri dron.

Ia berikutan keperluan yang semakin meningkat dalam bidang tersebut.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Norhalim Yunus, buat permulaan pihaknya menjalin kerjasama strategik dengan SG Academy dalam pembangunan kapasiti, latihan dan pembangunan teknologi dron.

Keperluan bakat mahir dalam bidang tersebut kini semakin meluas meliputi perkhidmatan penghantaran, pertanian dan penyelenggaraan bangunan tinggi.

Datuk Norhalim bersama pengasas yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif SG Akademik, Datuk Sri Ganes sebelum itu menandatangani perjanjian persefahaman antara MTDC dan SG Academy.

Pada majlis sama, 10 peserta dari Institut Kemahiran Baitulmal turut menerima sijil selepas menamatkan latihan dron di bawah SG Academy.