ACCCIM bantu MTDC latih 12,000 peserta TENTRA

Bernama – 9 April, 2021

Pautan Video

Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) yakin dengan kerjasama Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) akan membantu MTDC melatih 12,000 peserta di bawah Akademi Latihan Usahawan Teknologi (TENTRA) pada tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Norhalim Yunus berkata MTDC pada tahun lalu melatih lebih 10,000 peserta yang merangkumi siswazah, pelajar, usahawan, penggubal dasar, pengamal dan penyelidik.