Seremban lokasi kedua Pasar Awam ‘dikawal’ ‘robot’- Khairy
- by admin
Bernama – 16 Mac 2021
IPOH, 16 Mac (Bernama) — Pasar Awam Seremban di Negeri Sembilan bakal menjadi pasar awam kedua di negara ini yang menerima tiga aplikasi robotik dan dilengkapkan dengan kecerdasan buatan (AI) mulai bulan depan.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata Pasar Awam Seremban akan menjadi satu daripada pusat ujian teknologi berkenaan selepas Pasar Ayam Amanjaya, Ipoh yang telah menggunakan robot berkenaan sejak November tahun lepas.
“Kita sedang bekerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk melaksanakan teknologi sama di pasar lain antaranya di Seremban yang akan turut menjadi satu daripada pusat buat ujian robot ini.